[close]
Tukar Camera Canon Powershoot jadi DSLR

Tukar Camera Canon Powershoot jadi DSLR

Adakah anda tahu bahawa kamera poket Canon Powershoot model A boleh ditukarkan menjadi DSLR ? Terima kasih kepada firmware Opensource CHDK kerana dengan step mudah anda dapat tukarkan kamera poket setaraf kamera PRO !

Apa yang anda perlukan ?

  1. Kamera yang sesuai (tengok list)
  2. SD memori
  3. Kad Reader SD

Macam mana nak mulakan ?

  1. Format kad SD tersebut (kerana kita akan muatkan fail firmware baru)
  2. Download firmware CHDK (banyak versi sebenarnya tapi cuba mulakan dengan versi terbaru di sini)
  3. Tengok model kamera dan download failnya di sini dan jangan lupa download langguage files (english)
  4. Unzip dan sepatutnya anda akan dapat dua files berikut DISKBOOT.BIN dan PS.FIR
  5. Salin ke dalam SD memori dan masukan ke dalam kamera

Bagaimana hendak guna ?

  1. Hidupkan kamera anda dalam mode view (bukan shoot ya) dan bila anda tekan menu akan akan nampak mesej firmware update dan ikut arahan (jangan bimbang firmware ini hanya dalam kad dan firmware asal kekal dalam kamera)
  2. Menu extra boleh dipaparkan dengan menekan menu <Alt> dibawah skrin

Apa kelebihan selepas gunakan CHDK nie ?

  1. Unlimited Interval Shooting – Tukarkan kamera anda kepada auto timing shoot untuk tujuan pemantauan dan keselamatan
  2. High-Speed Shutter – Kawal kelajuan pengatup cahaya untuk menangkap imej kelajuan tinggi atau night effect pada waktu malam di mana cahaya kurang.
  3. Long Exposure Intervalometer – Tangkap gambar langit atau bintang err tengok contoh di sini
  4. Shoot better HDR pics – Khas untuk gambar HDR

Cubalah sekarang .. kredit kepada laman web lifehacker

Post comment as twitter logo facebook logo
Sort: Newest | Oldest